suria

Kerajaan Venezuela Sahkan Chavez Kini Stabil

CARACAS: Presiden Venezuela Hugo Chavez berada dalam "keadaan stabil" di sebuah hospital di Cuba yang kini menerima rawatan akibat jangkitan pernafasan yang teruk, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Venezuela pada Isnin.

Menteri Penerangan Ernesto Villegas berkata kerajaan sentiasa memantau keadaan Chavez daripada pasukan perubatan dan saudara mara Chavez yang bersamanya.

"Presiden kini berada dalam keadaan yang stabil seperti yang dinyatakan dalam laporan yang paling terkini," berkata Villegas, ketika memberi kenyataan di televisyen.

"Beliau sedang dirawat dengan rapi oleh pakar-pakar perubatan," katanya.

Namun Villegas tidak memberikan butiran mengenai rawatan tersebut.

Sementara itu, pemimpin Gereja Roman Katolik pada Isnin mengkritik kerajaan kerana tidak mendedahkan butiran sebenar mengenai keadaan Chavez selepas sebulan menjalani pembedahan kanser beliau.- AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain