suria

Kumpulan Hak Asasi Manusia Dakwa Militan Gaza Langgar Undang-Undang Perang

BAITULMAQDIS: Pemerhati hak asasi manusia berkata militan Gaza melanggar undang-undang perang dengan melancarkan ratusan roket terhadap orang awam Israel semasa pertempuran bulan lepas.

Tentera Israel berkata sebanyak 1,500 roket telah dilancarkan terhadap Israel semasa serangan lapan hari terhadap militan Gaza, termasuk roket pertama dari Gaza untuk menyerang Tel Aviv dan kawasan Baitulmuqaddis.

Serangan roket membunuh tiga orang awam Israel dan menyebabkan puluhan cedera.

Pemerhati, Sarah Leah Whitson pada Isnin berkata dalam laporan kumpulan itu bahawa "kumpulan bersenjata Palestin membuat kenyataan jelas bahawa mencederakan orang awam adalah matlamat mereka."

Serangan di Gaza juga membunuh 169 rakyat Palestin.

Minggu lepas, kumpulan yang berpusat di New York dalam laporan yang sama berkata Israel melanggar undang-undang perang dalam serangan yang sama dengan menyerang wartawan dan kemudahan media di Gaza.

Artikel Sebelum

Artikel Lain