suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Sekeluarga Maut Tertimbus Tanah Runtuh

JAKARTA: Tiga orang dari satu keluarga terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus dua buah rumah di Se Ipuh dalam daerah kecil Koto Parik Gadang Diateh, daerah Solok Selatan, Sumatera Barat, awal Selasa.

Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Solok Selatan berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.30 pagi.

Mayat ketiga-tiga mangsa yang berusia 60 tahun, 12 tahun dan lapan tahun itu telah dibedah siasat di Pusat Kesihatan Masyarakat Batang Limpawuang, Koto Parik Gadang Diateh.

Jenazah mereka kemudian dibawa pulang ke rumah anggota keluarga di Sei Ipuh, Nagari Pakan Rabaa Tangah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain