suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Obama Pilih John Kerry Sebagai Calon Setiausaha Negara AS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada Jumaat mencalonkan Senator John Kerry sebagai setiausaha negara yang baru, apabila beliau mula membentuk pasukan keselamatan negara untuk penggal kedua.

Kerry, 69, yang merupakan tokoh Perang Vietnam, bekas pencabar Obama bagi calon presiden akan dilihat menggantikan Hillary Clinton, yang berundur selepas empat tahun sebagai diplomat tertinggi AS.

"Selama bertahun-tahun, John memperoleh penghormatan dan keyakinan pemimpin-pemimpin seluruh dunia," kata Obama di White House ketika mengumumkan pencalonan Kerry, dalam pemilihan kabinet penggal kedua beliau.

"Dia tidak akan memerlukan banyak latihan tugasan.

"Saya fikir ia adalah adil untuk mengatakan bahawa beberapa individu tahu apabila ramai presiden dan perdana menteri atau pegangan dasar luar kita yang tegas seperti John Kerry,” kata Obama. - AFP

Artikel Lain