suria

Krew Kabin Berhenti Kerja Berhubung Ugutan Terhadap Penumpang Di Facebook

BANGKOK: Seorang krew kabin penerbangan Cathay Pacific bertindak untuk berhenti kerja selepas menulis di laman Facebook miliknya bahawa dia mahu menumpahkan kopi ke atas seorang penumpang yang merupakan anak perempuan bongsu kepada Perdana Menteri Thailand yang digulingkan, Thaksin Shinawatra.

Krew kabin itu menyebabkan kekecohan berlaku di kalangan masyarakat Thailand secara dalam talian pada minggu lepas kerana menulis komen mengenai Paetongtarn Shinawatra.

Dia juga menyiarkan gambar kerusi bernombor Paetongtarn.

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Hokong itu telah menulis di halaman Facebook bagi syarikatnya di Thailand bahawa krew kabin itu tidak lagi berkhidmat sebagai pekerj mereka.

Ia tidak mendedahkan nama krew kabin itu, di mana Facebook berkenaan dikendalikan oleh Honey Lochanchai.

Wanita itu pada Isnin berkata di Facebook bahawa dia kan meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab ke atas perkara yang berlaku.

Thaksin, seorang tokoh yang memecah-belahkan politik Thailand disingkirkan.

Kakak beliau, Yingluck merupakan perdana menteri ketika ini. - AP

Artikel Lain