suria

Kadar Inflasi Singapura Turun Kepada 4.0 Peratus

SINGAPURA: Indeks Harga Pengguna (IHP) - ukuran inflasi kesemua perkara turun kepada 4.0 peratus pada Oktober daripada 4.7 peratus pada September tahun ini.

Ini adalah berikutan kenaikan kecil kos pengangkutan jalan persendirian dan penginapan, demikian menurut satu kenyataan bersama Monetary Authority of Singapore (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Industri pada Jumaat.

Pengangkutan jalan persendirian di sini meningkat 8.3 peratus pada Oktober daripada 10.8 peratus di dalam bulan sebelum itu, yang mencerminkan pembetulan Persijilan Hak (COE) pada September, kata kenyataan itu.

Inflasi kos penginapan dicatatkan 6.8 peratus pada Oktober, lebih rendah daripada 7.7 peratus pada September. - BERNAMA

Artikel Lain