suria

Jepun Berdepan Kesulitan Simpan Air Tercemar Loji Nuklear

Air beradioaktif tinggi yang mencecah kira-kira 200,000 tan itu dikatakan cukup untuk mengisi lebih 50 kolam renang bersaiz Olimpik. Air tercemar itu kini disimpan dalam ratusan tangki simpanan gergasi yang dibina di sekitar loji nuklear Fukushima Dai-ichi. Pengendali loji, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) kini terpaksa menebang pokok untuk membina lebih banyak tangki dan meramalkan jumlah air tercemar mampu meningkat tiga kali ganda lagi dalam masa tiga tahun.

TEPCO kini sedang membangunkan satu sistem rawatan untuk menjadikan air tercemar itu selamat untuk disalurkan semula ke laut.

Bagaimanapun, pakar asing bimbang jika air tercemar itu dilepaskan, ia memberi kesan buruk jangka panjang kepada alam sekitar. - AP

Artikel Lain