suria

Pesawat PAC-750 Ditemui Di Bukit Dagi, Papua

JAKARTA: Sebuah pesawat jenis PAC-750 milik Yayasan Tariku di Papua yang dilapor hilang sejak tengah hari Rabu, ditemui di kawasan bukit Dagi, dalam daerah Yahukimo, Papua, Khamis.

Pesawat itu ditemui di kawasan bukit setinggi 8,000 kaki, di daerah kecil Dekai, pagi Khamis.

Belum ada laporan mengenai nasib juruterbang dan seorang penumpang pesawat itu.

"Pada masa ini pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang menuju ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa," kata Ketua Pusat Komunikasi Awam, Kementerian Perhubungan Indonesia, Bambang S. Ervan di Jakarta, Khamis.

Pesawat itu yang sedang mengangkut barang-barang keperluan asas dari Kampung Korbun menuju ke Dekai iaitu ibu daerah Yahukimo, berlepas dari Korupun pada pukul 11 pagi semalam namun tidak lama kemudian ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain