Harga Rumah Di China Naik Kali Ketiga Pada Ogos - Dunia | mStar

Harga Rumah Di China Naik Kali Ketiga Pada Ogos

BEIJING: Harga-harga rumah di 100 bandar raya utama di China meningkat buat kali ketiga berturut-turut pada Ogos, menunjukkan penurunan dalam harga hartanah sudah berlalu, demikian menurut data yang dikeluarkan oleh Akademi Indeks China (CIA) pada Isnin.

Kajian terhadap harga rumah di bandar raya mendapati harganya meningkat kepada RMB8,738 (kira-kira US$1,378) semeter persegi pada Ogos, naik 1.24 peratus bulan ke bulan, katanya.

Agensi berita Xinhua News melaporkan harga rumah di 37 bandar raya turun, manakala harga di 63 bandar raya lain meningkat pada Ogos berbanding bulan sebelumnya.

Memetik data CIA, agensi itu berkata harga rumah di 10 bandar raya tahap satu seperti Beijing dan Shanghai, meningkat 0.45 peratus pada Ogos berbanding Julai, namun masih 1.49 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Kerajaan China mengulangi bahawa ia masih mengawal pasaran hartanah.

Dalam perkembangan terbaru, Perdana Menteri Wen Jiabao berkata pada tinjauannya minggu lepas, negara itu masih perlu membendung pelaburan hartanah spekulatif. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Indonesia Terima 4 Pesawat Pelbagai Fungsi

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Henti siasat empat suspek MH17