suria

Tempat Pertama Kali Obama Cium Michelle Diletakkan Plak Peringatan

CHICAGO: Barack Obama pertama kali mencium wanita yang bakal menjadi isterinya di luar kedai ais krim di Chicago - dan kini ada plak untuk membuktikannya.

Pengurus pusat beli-belah di kawasan kejiranan kota Hyde Park memasang plak penanda granit seberat 3,000 pound (1,361 kilogram) dengan tulisan: "Di sini Presiden Barack Obama pertama kali mencium Michelle Obama."

Plak tersebut termasuklah gambar pasangan dan petikan yang diambil daripada temu bual presiden dengan majalah "O, The Oprah Magazine" yang menerangkan tentang tarikh pertama mereka bercium.

"Pada pertemuan pertama kami, saya membawa dia makan ais krim terbaik Baskin-Robbins dan meja makan kami di tepi jalan. Saya menciumnya, dan rasanya seperti coklat," demikian yang tertulis pada plak.

Ciuman manis itu berlaku pada tahun 1989 apabila presiden membayar wanita yang kini manjadi wanita pertama ini aiskrim Baskin-Robbins, yang kini merupakan restoran Subway.

"Ia satu tanda untuk masyarakat, untuk generasi akan datang dan juga pelancongan," kata Jonelle Kearney, jurucakap untuk Pengurusan Aset Mid-America, yang menguruskan pusat beli-belah ini.

Obama akan menyambut ulang tahun perkahwinan ke-20 pada bulan Oktober. Mereka mempunyai rumah di kejiranan bandar Kenwood, tidak jauh dari pusat beli-belah.

Artikel Lain