suria

Empat Mayat Mangsa Serangan Pemberontak Ditemui

MANILA: Tentera Filipina menemui empat mayat termasuk anggota badan dua askar selepas kumpulan radikal Islam melakukan serangan hendap di selatan negara itu.

Leftenan Komander Kit Teofilo berkata penemuan itu menjadikan angka kematian meningkat kepada tujuh orang sehari selepas Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro menyerang 11 bandar di kepulauan Mindanao.

"Muka seorang askar hancur dan dia ditembak di kepala manakala seorang lagi mempunyai kesan di badan akibat diseksa. Ia adalah jenayah terburuk pernah dilakukan individu tidak berperikemanusiaan," katanya.

Dua lagi mayat turut ditemui di tepi jalan.

Mereka dipercayai dibunuh oleh kumpulan radikal tersebut.

Bagaimanapun seorang askar dilaporkan masih lagi hilang.

Terdahulu, seorang orang awam dan dua pemberontak maut dalam pertempuran kecil itu.

Artikel Lain