suria

Empat Maut Serangan Berani Mati Di Chechnya

MOSCOW: Satu serangan bom berani mati di laluan antara Khankala dan Grozny di Chechnya pada Isnin telah menyebabkan empat maut manakala tiga yang lain cedera.

Serangan merupakan keganasan terbaru yang berlaku di wilayah bergolak yang dilanda perang sejak 20 tahun lalu di Rusia itu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Vasily Panchenkov berkata, mereka yang maut merupakan dua pegawai tentera dan seorang askar.

Manakala mangsa yang satu lagi merupakan orang awam yang berada berhampiran kereta perisai yang dinaiki oleh kumpulan tentera berkenaan.

"Letupan itu berlaku sebaik-baik sahaja anggota tentera keluar daripada kenderaan tersebut," katanya.

Tiga anggota tentera yang mengalami kecederaan parah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. - AFP

Artikel Lain