suria

Sembilan Cedera Dalam Kebakaran Hotel Di Singapura

SINGAPURA: Kira-kira sembilan cedera dalam satu kebakaran di sebuah hotel di Marine Parade di sini pada Isnin.

Kejadian itu turut menyaksikan aktiviti mengeluarkan kira-kira 50 mangsa yang terperangkap di dalam hotel tersebut, lapor The Straits Times (ST).

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu bermula dari sebuah bilik pameran di lobi East Village Hotel.

Mereka yang cedera terdiri daripada lima orang dewasa dan empat kanak-kanak.

Kesemuanya dikejarkan ke Hospital Umum Singapura.

Dua petugas Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) turut dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan dan sesak nafas.

Artikel Lain