suria

Penyakit Tidak Dikenalpasti Ragut 60 Kanak-Kanak di Kemboja Dalam 3 bulan

PHNOM PENH: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengesahkan wujudnya sejenis penyakit yang belum dikenalpasti telah membunuh 60 kanak-kanak Kemboja dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini dan agensi tersebut kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Kemboja bagi menyiasat punca penyakit berkenaan.

Menurut WHO, terdapat beberapa gejala penyakit tersebut yang dikenalpasti antaranya ialah demam panas, penglibatan neurologi dan kesukaran bernafas.

Sehingga kini, sebanyak 61 kes telah dilaporkan dan semuanya melibatkan kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun. Hanya seorang pesakit yang menghidapi penyakit ini sahaja dapat diselamatkan

Setakat ini, 61 kes-kes penyakit telah dilaporkan, semua di bawah berumur tujuh tahun. Hanya seorang pesakit telah menyelamatkan penyakit itu.

“WHO sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan menjalankan penyiasatan berhubung punca penyakit yang masih belum dikenalpasti ini. Pada ketika ini, hanya sedikit maklumat sahaja yang kita perolehi, kerana siasatan masih berjalan,” kata wakil WHO Kemboja, Dr Pieter van Maaren dalam satu kiriman emel kepada agensi berita China, Xinhua.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Kemboja, Mam Bunheng memberitahu Xinhua pada Rabu bahawa pegawainya dan pegawai WHO telah mengadakan kerjasama dalam usaha mengenalpasti punca penyakit serta bagaimana ia tersebar. –BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain