Loji Penapis Minyak Bangkok Terbakar - Dunia | mStar

Loji Penapis Minyak Bangkok Terbakar

KEPULAN asap kelihatan memenuhi ruangan udara Bangkok selepas kilang penapisan minyak Bangchak Petroleum Pcl Thailand yang menghasilkan 125,000 tong minyak penapisan terbakar, pada Rabu. Seorang pegawai syarikat minyak berkata, kilang penapisan terpaksa ditutup akibat kebakaran tersebut . - Foto REUTERS

BANGKOK: Satu letupan kuat menggegarkan loji penapis minyak di Bangkok dan usaha memadam kebakaran dijangka mengambil masa beberapa jam, menurut polis Thailand.

Sarjan Mejar Phudet Leelahut berkata, tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa.

Tidak diketahui berapa ramai pekerja bertugas pada masa itu. Kebakaran di loji penapis minyak Bangchak dan depoh simpanan itu menyebabkan asap tebal berkepul ke ruang udara ibu negara Thailand itu.

Phudet berkata, api berjaya dikawal tetapi ribuan liter minyak masih terbakar dan akan mengambil masa beberapa jam sebelum kebakaran dapat dipadamkan.

Katanya, kebocoran paip minyak mungkin punca letupan itu. - AP

Artikel Sebelum

Kanada Haramkan Penari Bogel Asing

Artikel Berikut

Naib Presiden Myanmar Letak Jawatan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain