Pereka Ferrari, Pininfarina Meninggal Dunia Pada Usia 85 - Dunia | mStar

Pereka Ferrari, Pininfarina Meninggal Dunia Pada Usia 85

Sergio Pininfarina (kanan) bersama anak beliau, Andrea. Gambar diambil pada 1998.
Sergio Pininfarina (kanan) bersama anak beliau, Andrea. Gambar diambil pada 1998.

ROME: Peka bentuk kereta Itali yang disegani, Sergio Pininfarina, yang terkenal dalam mereka bentuk kereta lumba Ferrari serta sama-sama merevolusikan bidang automobil meninggal dunia, Selasa, pada usia 85 tahun, media Itali melaporkan.

Dilahirkan pada tahun 1926 berhampiran Turin, kawasan perindustrian di utara Itali, Pininfarina amat berdedikasi dalam kerjayanya dengan berkerjasama dengan pembuat kereta ternama, mereka bentuk Ferrari Testarossa, Fiat 124 Spider, Fiat Dino dan Maserati GranTurismo.

Beliau menyertai syarikat reka bentuk kereta selepas menamatkan pengajian dan mendapat ijazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal, sebelum dengan pantas terlibat dalam semua aspek perniagaan, dari mereka bentuk kereta, kejuruteraan dan pembuatan.

Berazam untuk mengubah persepsi umum kereta bukan dari segi fungsi semata-mata, beliau bangkit untuk membuat rekaan indah dan mahsyur seperti Ferrari merah, dari model SA 410 ke Dino Berlinetta Speciale, Ferrari F40 dan Enzo Ferrari.

Beliau juga menggunakan bakat beliau untuk mencipta model kurang eksotik seperti Peugeot dan Mitsubishi.

Pininfarina mempunyai minat teknologi yang mendalam dan berpandangan jauh, menjadi penyokong awal untuk mengurangkan pengeluaran kereta dan meningkatkan ekonomi bahan api.

Pada 1972, beliau membuka terowong angin pertama di Itali, salah satu dari segelintir yang ada di dunia pada masa itu.

Pada tahun 2006, beliau menyerahkan pengurusan syarikat kepada anaknya Andrea.

Beliau telah dianugerahkan berpuluh-puluh kepujian sepanjang kerjaya beliau yang cemerlang, termasuk empat ijazah kehormat dalam seni halus dan reka bentuk perindustrian.

Pada tahun 2011, syarikat itu mengumumkan untuk menghentikan pengeluaran kereta kerana melihat hasil yang menjunam akibatkrisis kewangan, tetapi terus untuk mereka bentuk dan terlibat dalam bidang kejuruteraan, dengan tumpuan khusus kepada kereta elektrik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain