suria

Coca-Cola Bakal Labur $5 Bilion Di India Menjelang 2020

NEW YORK: Coca-Cola dan syarikat pembotolan tempatannya berkata, mereka berhasrat untuk melabur sebanyak $5 bilion di India menjelang 2020 - $3 bilion lebih dari jumlah asal yang dirancang selepas mencatat pertumbuhan utama awal tahun ini.

Pelaburan tersebut seharusnya membolehkan kumpulan ini untuk menggandakan jualan di negara ini menjelang akhir dekad ini, Ketua Pegawai Eksekutif Muhtar Kent berkata dalam satu kenyataan syarikat.

Coca-Cola pertama kali dibawa masuk ke India pada tahun 1993, satu langkah yang menandakan pembukaan ekonomi Asia yang kini berkembang pesat.

Rangsangan pelaburan diumumkan pada Selasa mewakili perkembangan utama bagi syarikat itu, yang hanya melabur sebanyak $2 bilion di India dalam tempoh 19 tahun lalu.

Negara ini adalah salah satu daripada sepuluh pasaran terbesar untuk Coca-Cola.

Jualan yang kian meningkat dalam pasaran baru seperti India, China dan Brazil memberi pendapatan Coca-Cola yang merangsangkan dan kukuh pada suku pertama tahun ini, kata syarikat itu pada April.

Pengeluar bukan minuman keras terkemuka di dunia yang popular termasuklah jenama Coke, Fanta, Sprite, Vitaminwater, Powerade, Minute Maid dan Del Valle.

Artikel Lain