suria

Hospital Pelancongan Bali Pertama Di Indonesia

JAKARTA: Bali kini mempunyai sebuah hospital pelancongan dengan 50 katil yang dibangun di kawasan seluas satu hektar, sekaligus menjadi hospital pertama seumpamanya di Indonesia.

Hospital itu dibina dengan kerjasama antara kumpulan Bali International Medical Center - Hospital BIMC dan "Courtyard by Marriot Bali", kata jurucakap hospital itu dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Hospital itu menyediakan lobi ala hotel bagi melayani keperluan perubatan dialisis dan pusat pergigian.

Kemudahan hospital itu juga dirancang dengan pintu masuk peribadi yang mengarah ke Pusat Cosmedic dengan pemandangan langsung menghadap padang golf.

Hospital itu, yang dilengkapi dengan tiga buah dewan bedah, dikendalikan oleh pasukan perubatan profesional termasuk dari Australia, Indonesia, Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Sweden dan New Zealand.

Ia telah melatih para petugasnya untuk menyediakan rawatan terbaik demi keselesaan pesakit termasuk pelayanan penyembuhan seperti diet khusus dan berkhasiat, spa dan program kesegaran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain