suria

Letupan Di Nairobi, Puluhan Cedera

NAIROBI: Berpuluh-puluh cedera akibat letupan bom di sebuah kompleks membeli belah di Nairobi ketika waktu makan tengah hari, Isnin tetapi punca letupan masih belum dapat dikenal pasti.

Kepulan asap hitam jelas kelihatan melitupi ruang udara dan menyebabkan anggota bomba bergegas ke kawasan letupan, Moi Avenue.

Jurucakap polis, Mathew Ittere berkata, masih terlalu awal untuk menentukan punca letupan.

Katanya, mungkin berlaku litar pintas di dalam bangunan perniagaan itu tetapi menolak kemungkinan ia boleh menyebabkan letupan berlaku.

Kira-kira 10 orang terbunuh dalam beberapa siri serangan di Nairobi sejak Kenya menghantar tenteranya ke Somalia pada Oktober untuk bertempur dengan kumpulan militan, al-Qaeda.

Nairobi menyalahkan Kumpulan militan al-Shabaab kerana melakukan keganasan dan penculikan sehingga menjejaskan kegiatan pelancongan di negara itu.

Sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara untuk memantau keadaan sekeliling manakala anggota keselamatan mengawal kawasan berhampiran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain