suria

Pasangan Di China Ditahan, Tanam Wanita Hidup-Hidup

BEIJING: Pihak berkuasa China menahan seorang lelaki dan teman wanitanya berhubung kematian seorang perempuan tua yang dilanggari semasa memandu dalam keadaan mabuk dan kemudian menanamnya di tapak pembinaan.

Pihak polis berkata, terdapat kemungkinan wanita itu ditanam hidup-hidup.

Agensi Berita Rasmi Xinhua rasmi pada Khamis melaporkan pasangan itu sedang mabuk dan dalam perjalanan pulang dari bar di timur bandar Cixi pada 30 April apabila lelaki itu melanggar wanita berusia 68 tahun.

Xinhua memetik saksi sebagai berkata pasangan itu membawa wanita itu ke dalam kereta mereka dan mengatakan mereka akan membawanya ke hospital.

Sebaliknya, mereka dikatakan menanamnya untuk mengelakkan daripada bertanggungjawab terhadap kemalangan.

Satu laporan menyebutk lelaki itu sebagai berkata wanita itu telah berhenti bernafas. Tetapi menurut Xinhua, polis percaya dia masih hidup.

Artikel Lain