suria

Polis Afrika Selatan Rampas 10 Tanduk Badak

JOHANNESBURG: Jurucakap polis Afrika Selatan berkata pegawai yang bertindak atas maklumat menyerbu masuk ke dalam apartmen di Johannesburg dan mendapati 10 tanduk badak sumbu dan gading gajah serta menahan seorang lelaki Vietnam.

Jurucakap Vish Naidoo berkata lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat atas tuduhan memiliki tanduk badak secara haram.

Naidoo berkata mereka enggan membenarkan polis masuk ketika mereka tiba di apartmen itu lewat Selasa, memaksa polis membuka pintu.

China dan Vietnam adalah pasaran utama bagi tanduk badak, di mana terdapat kepercayaan tanduk mempunyai kualiti perubatan.

Setakat tahun ini, lebih daripada 200 badak telah pupus di Afrika Selatan, hampir separuh daripada rekod 448 yang pupus tahun lepas.

Tetapi tangkapan juga meningkat, dengan 165 setakat tahun ini berbanding 232 untuk tahun lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain