suria

Gempa Bumi Sederhana Gegar Tajikistan

PARIS: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 magnitud menggegarkan wilayah Kulob berdekatan bandar utama Tajikistan awal pagi Ahad, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran yang berlaku kira-kira pukul 4.28 pagi (waktu tempatan) itu, berpusat pada 99 kilometer di utara Kulob dengan kedalaman 10 kilometer.

Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan berlaku di wilayah Kulob yang terletak kira-kira 200 kilometer tenggara bandar Dushanbe.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain