suria

Tujuh Maut Dalam Nahas Bas Di Jepun

TOKYO: Tujuh maut apabila sebuah bas yang membawa pelancong ke Tokyo Disneyland terbabas di lebuh raya, pagi Ahad.

Polis berkata, 38 penumpang dan pemandu pula mengalami kecederaan ketika nahas di kawasan lebuh raya di Gunma, utara Tokyo.

Bas itu merempuh dinding yang diperbuat daripada besi di tepi jalan dan menyebabkan kenderaan berkenaan terputus dua. Polis sedang menyiasat punca kemalangan. Semua penumpang dipercayai rakyat tempatan terutama golongan muda. - AP

Artikel Lain