suria

iPad Terkini Bakal Dilancarkan Di Korea Selatan, 50 Negara Lain Penghujung April

APPLE, pada Isnin berkata mereka akan mula memasarkan iPad terbaru di Korea Selatan pada hari Jumaat dan di 11 negara lain, dan tablet yang laris di pasaran ini boleh didapati di lebih daripada 50 buah negara menjelang akhir bulan.

Pelancaran iPad generasi ketiga pada 20 April ini akan diadakan di Korea Selatan, Brunei, Croatia, Cyprus, Republik Dominican, El Salvador, Guatemala, Malaysia, Panama, St Maarten, Uruguay dan Venezuela.

Pada 27 April tablet baru itu akan berada di Colombia, Estonia, India, Israel, Latvia, Lithuania, Montenegro, Afrika Selatan dan Thailand.

Apple melancarkan peranti ini sejak bulan lepas dan menjual sebanyak tiga juta unit sepanjang minggu pertama ianya di pasaran.

China nyata terlepas daripada jadual pelepasan iPad di negara itu, dan beberapa penganalisis berkata ia mungkin disebabkan pertelingkahan tanda niaga dengan firma komputer Proview Technology.

Proview yang mempunyai hutang menyaman Apple di China dengan pengeluaran komputer tablet "iPad."-AFP

Artikel Lain