Lima Maut Susulan Kejadian Gempa Bumi Di Aceh - Dunia | mStar

Lima Maut Susulan Kejadian Gempa Bumi Di Aceh

JAKARTA: Gempa bumi kuat berukuran 8.5 skala Richter pada petang Rabu yang diikuti beberapa gegaran susulan mengakibatkan lima meninggal dunia, seorang kanak-kanak parah dan enam cedera ringan setakat ini.

Kebanyakan mereka yang meninggal dunia adalah disebabkan serangan jantung kerana terkejut dengan kejadian itu, kata Ketua Pusat Data dan Maklumat Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho, di sini pada Khamis.

Kanak-kanak yang cedera parah kerana ditimpa pokok di Aceh Singkil itu kini berada dalam keadaan kritikal, namun pihak berkuasa belum mengeluarkan data mengenai jantina kanak-kanak tersebut.

Mangsa yang cedera ringan pula terdiri daripada empat orang dari Simeuleu dan dua dari Aceh Singkil.

BNPB masih mengumpulkan data mengenai jumlah mangsa dan kerosakan harta benda dalam kejadian tersebut.

Sebahagian besar penduduk Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Bengkulu dilapor telah kembali menjalankan aktiviti seperti biasa. - BERNAMAA

Artikel Sebelum

Gempa Bumi Sederhana Di Utara Lautan Hindi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan