suria

Suami Pukul Kawan Facebook Isteri Sampai Mati

TAIPEI: Seorang suami yang cemburu dengan kawan lelaki facebook isterinya telah memukul mangsa dengan kayu besbol sehingga mati demikian menurut satu laporan dari Taiwan pada Isnin.

Menurut polis, insiden tersebut didorong oleh perasaan cemburu.

Chou You-huang, 34, memberitahu polis, dia telah minta untuk bertemu dengan mangsa Chuang Shih-chang, 40, selepas mengetahui mengenai hubungan dengan isterinya itu.

Apabila Chuang muncul di tempat yang dijanjikan, iaitu di luar sebuah restoran pada awal Sabtu lalu, Chou bersama dua lagi kawannya menyerang mangsa dengan menggunakan kayu besbol.

Selepas memukul mangsa tanpa henti, ketiga-tiganya meninggalkan mangsa di kaki lima tanpa sedikit pun menyedari kecederaan serius yang telah dialami oleh mangsa.

Chuang telah disahkan mati di tempat kejadian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain