Israel Tutup Sempadan Tebing Barat Ketika Cuti Perayaan - Dunia | mStar

Israel Tutup Sempadan Tebing Barat Ketika Cuti Perayaan

BAITULMAQDIS: Tentera Israel telah menutup sempadan Tebing Barat untuk dua hari pertama percutian perayaan "Passover" yang bermula Jumaat.

Di bawah larangan itu, tiada rakyat Palestin dibenarkan menyeberang ke Israel kecuali mereka yang memerlukan rawatan perubatan, menurut kenyataan tentera.

Pengharaman itu akan ditarik balik pada hari Sabtu, tengah malam.

Israel secara rutin menutup Tebing Barat semasa cuti perayaan orang Yahudi apabila orang ramai berada di tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi) dan lain-lain tempat awam yang paling terdedah kepada potensi serangan militan Palestin.

Satu dekad yang lalu, 29 orang telah dibunuh pada sambutan tradisional ini ketika mereka duduk makan di sebuah hotel di pusat peranginan Israel, Netanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain