suria

China Dijangka Potong Duti Import

BEIJING: China, pengimport kedua terbesar di dunia, dijangka memotong duti import produk tenaga, bahan mentah dan barangan pengguna terpilih bagi meningkatkan pembelian, kata Majlis Negara dalam satu kenyataan.

Ini adalah pertama kali Majlis Negara mengadakan mesyuarat tetap bagi membincangkan isu-isu meningkatkan import, yang kebiasaannya merupakan tanggung jawab Kementerian Perniagaan.

Keputusan itu menunjukkan hasrat negara itu untuk membeli lebih dari rakan perdagangannya bagi meningkatkan penggunaan domestik.

"Sedang kita mengekalkan pertumbuhan eksport yang stabil, kita perlu fokus pada import dan mengembangkan jumlahnya," kata majlis Negara itu.

China, yang merupakan pengeksport terbesar di dunia, perlu bergantung kepada eksport bagi memacu ekonominya pada tahun-tahun akan datang, apabila pertumbuhan di pasaran AS dan Eropah diramalkan perlahan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain