suria

Gempa Bumi Di Mexico: Anak Perempuan Obama Berada Dalam Keadaan Selamat

WASHINGTON: Anak perempuan Presiden Barack Obama, Malia, 13 terselamat dalam kejadian gempa bumi kuat yang menggegar Mexico ketika bercuti musim bunga bersama rakannya.

Perkara itu disahkan oleh White House pada Rabu.

"Dalam kejadian gempa bumi hari ini (Rabu), kami mengesahkan bahawa Malia Obama selamat dan tidak berada dalam bahaya," kata jurucakap Wanita Pertama, Michelle Obama, Kristina Schake.

Schake meminta wartawan dan jurugambar supaya menghormati masa bersendirian dan keselamatan Malia Obama dan kakaknya, Sasha apabila tidak muncul di khalayak umum bersama ibu bapa mereka.

Gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud menggegar selatan Mexico pada Rabu, menyebabkan 11 orang terkorban dan beratus-ratus kediaman rosak teruk.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan pusat gempa itu berlaku kira-kira 25 kilometer di timur Ometepec, Guerrero.

Ia merupakan gempa bumi kedua terkuat di Mexico City selepas tragedi pada 1985 yang mengorbankan 10,000 nyawa.

Artikel Lain