Tiga Pemberontak Maut, Tiga Renjer Cedera Di Selatan Thailand - Dunia | mStar

Tiga Pemberontak Maut, Tiga Renjer Cedera Di Selatan Thailand

BANGKOK: Tiga pemberontak maut dan tiga renjer cedera dalam pertempuran selama 30 minit di daerah Penarek, Pattani pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Penarek Pol Kol Manit Yimsai berkata tujuh pemberontak menyerang sekumpulan renjer semasa anggota penguatkuasa itu menyediakan tempat pemeriksaan di Jalan Penarek-Saiburi di Kampung Naprau, Penarek pada 11 pagi.

Pemberontak yang terbunuh dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Cek Roslan Cek Umar, 27, manakala identiti dua lagi, kedua-duanya dipercayai berusia 25 tahun, masih belum diketahui.

Pihak berkuasa menemui dua laras M-16 dekat mayat ketiga-tiga pemberontak itu.

"Kami telah dimaklumkan oleh laporan risikan bahawa mungkin akan berlaku serangan pemerontak terhadap ketua kampung di kawasan itu.

"Renjer berkenaan sudah membuat persediaan rapi untuk menghadapi keadaan itu dan berjaya membunuh tiga pemberontak," katanya.

Beliau berkata empat lagi pemberontak sempat meloloskan diri dan pihak berkuasa sedang memburu mereka.

Kira-kira 5,000 orang terbunuh sejak anggota kumpulan pemisah menyambung semula perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala, lapan tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain