suria

Tolak Bonus: CEO Royal Bank of Scotland Timbang Letak Jawatan

LONDON: Ketua Pegawai Eksekutif Royal Bank of Scotland (RBS) Stephen Hester, yang mencetuskan kontroversi apabila menolak ganjaran bonus bernilai hampir AS$1.5 juta kepadanya oleh pihak lembaga pengarah kini sedang menimbang untuk meletakkan jawatan.

Hester menolak pemberian bonus itu kerana merasakan dari segi moral ia adalah satu keputusan yang tidak tepat memandangkan bank itu baru sahaja diselamatkan oleh Kerajaan menggunakan dana awam.

Bagaimanapun kata Hester, beliau memandang ringan akan isu yang dicetuskan olehnya itu dan kini sedang menimbang sama ada untuk melepaskan jawatan tersebut demi mengelakkan kontroversi lebih mendalam.

Gaji yang diterima oleh Hester sekarang berjumlah AS$1.2 juta setahun.

Keputusan untuk memberikan ganjaran bonus yang sebegitu besar kepada Hester telah mencetuskan kemarahan ramai khususnya kesatuan sekerja dan juga pihak pembangkang kerana 82 peratus saham RBS kini dimiliki oleh kerajaan.

Artikel Lain