suria

Tujuh Askar India Hilang Dalam Runtuhan Salji Di Kashmir

SRINAGAR (India): Tujuh askar India dilaporkan hilang dalam runtuhan salji yang meranapkan berek mereka di kawasan pergunungan Kashmir pada Selasa.

Menurut jurucakap tentera, operasi menyelamat telah segera dilancarkan.

"Runtuhan salji itu telah meranapkan berek mereka pagi ini sekaligus memerangkap tujuh orang askar yang masih berada di dalamnya," kata J.S. Brar di sini kepada agensi berita AFP.

Insiden itu berlaku di atas garisan sempadan bayang-bayang (garisan yang ditelagahkan sebagai sempadan) yang memisahkan India dan Pakistan.

Kashmir telah dilanda hujan salji yang tebal sejak awal bulan ini.

Tahun lalu, 17 anggota tentera India terkorban juga akibat runtuhan salji yang menghempap sekumpulan 70 anggota komando yang sedang menjalani latihan di dalam salji tebal di daerah Gulmarg, dekat sini.

Artikel Lain