suria

Qantas Teruskan Kembali Penerbangan

SYDNEY: Syarikat penerbangan Australia, Qantas bersiap sedia untuk kembali meneruskan penerbangan untuk kali pertama sejak dua hari lalu selepas tribunal perindustrian mengarahkan pengurusan dan kesatuan sekerjanya menamatkan mogok.

Pesawat pertama beroperasi mengambil penumpang ialah pada jam 2 petang ini waktu tempatan selepas lebih 44 jam mogok diadakan, kata Ketua Eksekutif Qantas, Alan Joyce.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan yang berusia 90 tahun itu mengejutkan negara dan kerajaan selepas mengumumkan tindakan mogok berikutan pertikaian berlarutan antara pengurusan dan kesatuan sekerjanya, Sabtu lalu.

Joyce bagaimanapun berkata, syarikat penerbangan itu sekurang-kurangnya mengambil masa sehingga Selasa bagi membolehkan perkhidmatan pesawatnya beroperasi seperti biasa.

“Pesawat komersial pertama kita akan berlepas jam 2 petang ini dan jadual penerbangan akan ditingkatkan dengan harapan kami akan beroperasi sepenuhnya esok," katanya kepada stesen tv ABC hari ini. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain