suria

Pejabat Diserang, Empat Orang Awam Terbunuh

KANDAHAR (Afghanistan): Sekurang-kurangnya empat orang awam terbunuh apabila penyerang berani mati meletupkan sebuah trak dan memasuki pejabat sebuah badan kebajikan Amerika Syarikat pada Isnin, demikian menurut pihak berkuasa.

Seorang penyerang meletupkan kenderaan yang berada di luar pejabat International Relief and Development (IRD) sebelum dua lagi penyerang masuk ke kawasan tersebut dan menembak pengawal keselamatan.

"Terdapat tiga penyerang berani mati. Seorang meletupkan diri di luar pejabat dan dua yang lain memasuki kawasan pejabat. Mereka masih hidup dan sedang dikepung polis," kata seorang jurucakap polis.

Jurucakap Taliban, Yusuf Ahmadi berkata kumpulan penyerang itu membuast serangan bom terbabit di bandar namun mendakawa ia disasarkan kepada agensi pelarian Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mayat mangsa yang kesemuanya merupakan rakyat Afghanistan dibawa ke hospital berdekatan termasuk beberapa orang yang tercedera dalam serangan tersebut. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain