suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Turki

ISTANBUL: Satu gempa bumi berukuran 5.4 skala Richter menggegarkan tenggara Turki, pada Khamis, beberapa hari selepas gempa sekuat 7.2 magnitud yang meragut 523 nyawa melanda negara ini pada Ahad lalu.

Menurut Pusat Kawalan Kandili, gegaran tersebut dikesan pagi ini di Yuksekova, dekat sempadan Iraq.

Pekan tersebut terletak 200 kilometer di tenggara wilayah Van yang dilanda gempa kuat hujung minggu lalu.

Gabenor Yuksekova, Uzeyir Aizi Ozeren berkata, tiada kemusnahan dilaporkan setakat ini, dan mereka sedang berusaha menghubungi penduduk kampung di wilayah tersebut.

Sementara itu, di pekan Ercis, pasukan penyelamat menyelamatkan seorang remaja berusia 18 tahun yang terperangkap selama kira-kira 100 jam di celah-celah runtuhan bangunan.

Mangsa, Aydin Palak kemudiannya dibawa ke hospital di Ercis dan doktor memaklumkan dia berada dalam keadaan stabil sebelum dihantar ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan lanjut. – AFP

Artikel Lain