suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bruce Willis Jadi Bapa Baru Di Usia Emas

LOS ANGELES: pelakon veteran Hollywood, Bruce Willis bakal menimang seorang cahaya mata baru pada umur 56 tahun bersama isteri keduanya, Emma Heming, 35, kata seorang jurucakap pada Rabu.

Pelakon filem aksi itu mempunyai tiga anak bersama bekas isteri dan juga pelakon, Demi Moore.

"Pasangan itu akan menyambut kelahiran anak pertama mereka pada awal tahun hadapan," kata ahli publisiti mereka.

"Mereka sangat gembira dengan berita tersebut dan tidak sabar untuk menyambut ahli keluarga terbaru itu," katanya dalam satu kenyataan.

Willis yang mengahwini pereka fesyen dan model itu pada tiga tahun lepas mempunyai tiga anak perempuan bernama Rumer, 23, Scout, 20 dan Tallulah Belle,17 dengan perkahwinan pertamanya dengan Moore yang berakhir pada tahun 2000.

Pelakon Die Hard mengahwini Heming pada Mac 2009 dengan dihadiri oleh Moore dan kekasihnya pada masa itu Ashton Kutcher. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain