suria

PBB Hantar Beribu-ribu Khemah Untuk Bantu Mangsa Gempa Turki

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menghantar beribu-ribu khemah ke Turki untuk mangsa-mangsa gempa dahysat berukuran 7.2 yang kehilangan tempat tinggal, selepas pihaknya menerima rayuan bantuan daripada Ankara.

“Ekoran rayuan bantuan antarabangsa yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk mendapatkan khemah dan rumah pasang siap, OCHA telah menyumbangkan 400 buah khemah berukuran untuk seisi keluarga yang tiba di Erzurum malam tadi,” kata Elisabeth Byrs, jurucakap Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, pada Khamis.

“Erzurum dikenali pasti sebagai hab mengumpulkan bantuan antarabangsa yang tiba melalui udara,” katanya.

Di samping itu, agensi pelarian PBB telah menyumbangkan 4,000 buah khemah, 50,000 helai selimut dan 10,000 alas tilam, manakala Tabung Penduduk PBB telah menghantar 250 buah khemah.

Ketika salji mulai turun menyelubungi kawasan timur Turki, banyak keluarga terpaksa tidur dalam khemah-kemah yang penuh sesak atau di kawasan luar di sekitar unggun api memandangkan suhu mulai jatuh ke bawah paras beku.

Sebilangan keluarga yang berlindung di dalam khemah sejak beberapa malam mula pulang ke rumah sungguhpun telah diberi amaran tentang risiko yang mereka hadapi tentang kemugkinan bangunan runtuh akibat geggaran susulan.

Selain diancam cuaca sejuk, penduduk juga menghadapi masalah bekalan air, kata Byrs. “Beberapa kes cirit-birit dan radang paru-paru mula muncul. Kami bimbang tentang masalah ini,” tambahnya. - APF

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain