Empat Wartawan Nigeria Ditahan Kerana Laporan Berita - Dunia | mStar

Empat Wartawan Nigeria Ditahan Kerana Laporan Berita

LAGOS: Polis Nigeria menyerbu sebuah syarikat penerbitan akhbar dan menahan empat wartawan susulan penerbitan sepucuk surat yang mengandungi arahan bekas presiden negara itu kepada presiden sekarang untuk memecat lima pegawai kerajaan negara itu.

Saksi berkata kepada The Associated Press, Rabu, pihak polis telah menyerbu pejabat akhbar The Nation di Abuja.

Ia dilakukan selepas pegawai-pegawai penyiasat menahan empat wartawan ekoran penerbitan surat daripada Presiden Olusegun Obasanjo kepada Presiden Goodluck Jonathan di dalam akhbar itu.

Wakil Kesatuan Wartawan Nigeria Mohammed Garba mengutuk penahanan itu dan menyifatkan ia sebagai cara untuk menutup mulut wartawan di negara yang mempunyai populasi terbesar di benua Afrika itu.

Bagaimanapun, pegawai polis gagal untuk dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Nigeria sinonim dengan sikap wartawannya yang berterus-terang dan sukar dikawal, walaupun mereka sering menerima bayaran wang tunai daripada individu yang ditemuramah atau rasuah yang digelar ‘sampul perang’. - AP

Artikel Sebelum

CBI Cari Maklumat Tentang Maxis, Astro

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain