suria

Empat Pekerja Bantuan Afghanistan Diculik Taliban

MAZAR-I-SHARIF: Kenyataan rasmi pihak polis pada Selasa mengaitkan pemberontak-pemberontak Taliban sebagai dalang di sebalik penculikan empat warga Afghanistan yang bekerja dengan kumpulan bantuan Perancis di utara Afghanistan.

Ketua polis daerah Baryalai Basharyar Parwani berkata kepada AFP, pekerja-pekerja bantuan itu dipercayai sedang dalam perjalanan di antara Mamana, ibu kota wilayah Faryab dan daerah Almar apabila mereka ditawan oleh kumpulan terbabit pada Isnin.

“Kawasan mereka diculik merupakan kawasan yang lazim bagi Taliban di mana mereka sering keluar daripada persembunyian dan menakut-nakutkan orang yang melalui sepanjang jalan itu,” katanya sambil memberitahu kumpulan itu digelar ACTED.

Kumpulan pemberontak itu gagal dihubungi bagi mendapatkan sebarang kenyataan tetapi rekod menunjukkan mereka pernah terlibat dalam aktiviti penculikan pekerja-pekerja bantuan asing dan rakyat tempatan.

Kumpulan itu telah mula memerangi tentera Amerika Syarikat sejak 2001.

Terdapat kira-kira 4,000 tentera Perancis yang berpengkalan di Afghanistan, terutamanya di wilayah Kabul dan Kapisa sebagai sebahagian daripada misi bantuan NATO. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain