suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Bersedia Untuk Presiden Wanita - Sarah Palin

SEOUL: Bekas gabenor Alaska, Sarah Palin berkata dalam sebuah forum perniagaan di sini bahawa Amerika Syarikat (AS) dijangka bersedia untuk menerima calon presiden wanita pada pilihan raya akan datang.

Calon Naib Presiden parti Republikan pada 2008 itu berkata pada awal bulan ini, beliau tidak akan bertanding untuk jawatan presiden pada 2012.

Palin berkata dalam World Knowledge Forum, Selasa, “akan ada calon wanita yang bertanding untuk jawatan Presiden AS dan saya tidak sabar untuk melihatnya.”

Bagaimanapun, beliau enggan memberikan sebarang pembayang mengenai masa depan kerjaya politiknya dan tidak membincangkan mengenai sebab pengundurannya daripada bertanding pada tahun depan.

Palin juga berkata beliau tidak sabar untuk menyaksikan ‘perubahan rejim’ di Korea Utara dan bantuan yang bakal dihulurkan Korea Selatan untuk membangunkan semula wilayah utara itu selepas kejatuhan pemerintahan dinasti di ibu negara, Pyongyang.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Il sedang melatih anak lelakinya yang berusia 20-an sebagai persiapan untuk mengambil alih kuasa. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain