suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas PM Ukraine Dihukum Tujuh Tahun Penjara

KIEV (Ukraine): Bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko, yang popular sebagai pemimpin pembangkang, dihukum penjara tujuh tahun selepas disabitkan kesalahan atas penyalahgunaan kuasa.

Namun keputusan yang dikeluarkan mahkamah itu dikutuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) dengan mendakwa ia bermotifkan politik.

Ahli politik berkarisma juga mengecam keputusan mahkamah walaupun hakim belum selesai berhujah pada Rabu.

Beliau membandingkan perbicaraan itu dengan diktator Soviet, Josef Stalin pada 1930-an yang melakukan pembersihan dalaman negara itu.

Tymoshenko yang keluar daripada pengaruh Russia, bersatu bersama negara Barat dengan akhirnya menyertai 27 blok negara Eropah. - AP

Artikel Lain