suria

Rakyat Singapura Mula Mengundi Pilih Presiden Baru

SINGAPURA: Rakyat Singapura mula mengundi pada Sabtu untuk memilih Presiden baru di 781 pusat mengundi yang dibuka sejak 8 pagi.

Empat 'Tan' bertanding jawatan itu untuk menggantikan S. R. Nathan selaku penyandang, yang akan tamat penggal memegang jawatan pada 31 Ogos selepas berkhidmat selama dua penggal.

Calon Presiden itu bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Tony Tan Keng Yam, bekas Anggota Parlimen Dr Tan Cheng Bok, bekas Pegawai Eksekutif NTUC Income iaitu syarikat insurans tempatan, Tan Kin Lian, dan bekas pegawai kanan kerajaan Tan Jee Say untuk menduduki kerusi Presiden bagi tempoh enam penggal.

Mereka mengundi di pusat mengundi masing-masing. Terdapat kira-kira 2.27 juta calon yang layak mengundi di negara bandar raya ini.

Pilihan raya Presiden ini disifatkan sebagai 'bersejarah' kerana ia julung kali diadakan sejak 1993 apabila Ong Teng Cheong menang dalam pertembungan satu lawan satu, dan buat pertama kali menyaksikan saingan membabitkan ramai calon yang bertanding. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain