suria

Pemberontak Pindah Markas Ke Tripoli

TRIPOLI: Kerajaan sementara yang ditubuhkan oleh pemberontak pada Jumaat mengumumkun pemindahan mereka dari Benghazi ke kubu kuat pemimpin Libya yang cuba digulingkan, Muammar Gaddafi iaitu Tripoli.

Perkara tersebut menunjukkan satu langkah pengambil alihan Libya oleh tentera pemberontak.

Sebelum subuh, berlaku pertempuran bersenjata antara kumpulan pemberontak yang menguasai Tripoli dan tentera penyokong Gaddafi di kejiranan Abu Salim dekat Tripoli sepanjang Khamis.

Gaddafi masih menyembunyikan diri namun seorang menteri dalam "kerajaan" pemberontak berkata penangkapan beliau adalah tidak diperlukan untuk mendirikan sebuah kerajaan baru di Tripoli.

Walaupun kepimpinan rejimnya menerima tentangan hebat, Gaddafi cuba mengumpul penyokongnya untuk menumpaskan kumpulan pemberontak yang melancarkan perang sejak enam bulan lepas untuk menjatuhkan kerajaan Gaddadi yang berusia 42 tahun itu. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

CEO Apple Letak Jawatan

Artikel Lain