suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kasino Diserang, 45 Pengunjung Terkorban

MONTERREY (Mexico): Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh manakala beberapa orang lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang dan membakar sebuah kasino di utara Mexico, Khamis.

"Ini merupakan malam yang penuh kesedihan bagi Mexico dan jenayah yang kejam ini tidak akan terlepas daripada hukuman," kata jurucakap keselamatan persekutuan, Alejandro Poire.

Kejadian merupakan serangan terburuk yang berlaku di pusat hiburan di sini sejak Presiden Mexico, Felipe Calderon melancarkan serangan terhadap pengedar dadah pada lewat tahun 2006.

Calderon mengutuk keras perbuatan tersebut melalui laman web sosialnya, Twitter dengan mengatakan ia adalah "suatu perbuatan hina dan tidak bertamadun" yang memerlukan "semua tabah dalam usaha memerangi kumpulan-kumpulan penjenayah yang tidak bertanggungjawab." -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

CEO Apple Letak Jawatan

Artikel Lain