suria

Perdana Menteri Jepun Letak Jawatan

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan pada Jumaat meletak jawatan sebagai presiden parti pemerintah lantas membuka laluan kepada pemilihan perdana menteri keenam yang dilantik dalam masa lima tahun.

Perletakan jawatan Kan dilakukan selepas beliau menghadapi 14 bulan yang sukar dalam pemerintahannya terutamanya dalam isu gempa bumi, tsunami dan peristiwa kebocoran loji nuklear yang menyebabkan kepercayaan rakyat terhadapnya turun mendadak.

"Saya meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Demokratik Jepun hari ini," beritahu Kan kepada parlimen pada Jumaat.

"Apabila ketua baru dilantik, saya akan meletakkan jawatan dengan segera sebagai Perdana Menteri dan begitu juga dengan kabinet saya."

Pemilihan kepimpinan untuk presiden baru parti yang akan dilantik sebagai perdana menteri dijangkakan dibuat pada Isnin.

Parlimen kemudian akan mengundi presiden baru parti tersebut untuk dilantik sebagai perdana menteri pada Selasa. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

CEO Apple Letak Jawatan

Artikel Lain