suria

Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Presiden Rusia Tempah Kot Era Stalin

MOSCOW: Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Persekutuan Rusia yang bertanggungjawab mengawal keselamatan presiden dan perdana menteri telah menempah kot kulit labuh yang pernah dipopularkan suatu ketika dahulu oleh Bapa Komunis Joseph Stalin.

Perkhidmatan elit tersebut yang melindungi Presiden Dimitry Medvedev dan Perdana Menteri Vladimir Putin, yang lebih dikenali dengan akronim FSO telah mengeluarkan tender untuk menempah sehingga 60 helai kot labuh kulit berwarna hitam baru-baru ini.

Bagaimanapun, langkah tersebut telah mendapat kritikan daripada para bloger Rusia.

Kot labuh kulit seperti itu dikaitkan dengan unit polis rahsia Soviet - NKVD pada era pra-perang dunia ketika Rusia di bawah penguasaan Stalin.

Kos untuk tempahan kesemua kot tersebut mencecah 2.9 juta roubles ($104,600).

Artikel Sebelum

Turki Jamin Bantu Gaddafi

Artikel Lain