Israel Capai 7.7 Juta Orang Penduduk - Dunia | mStar

Israel Capai 7.7 Juta Orang Penduduk

JERUSALAM: Israel kini mencapai populasi lebih 7.7 juta orang ketika negara Yahudi itu bersedia menyambut ulangtahun pembentukannya yang ke-63, demikian menurut Biro Pusat Statistik.

Jumlah penduduk Israel adalah sebanyak 7,746,000 orang menjelang hari kemerdekaannya kali ini berbanding 806,000 orang di awal pembentukannya pada tahun 1948, menurut satu pernyataan akhbar yang dikeluarkan siaran berita CBS.

Penduduk Israel terdiri daripada 75.3 peratus berbangsa Yahudi dengan minoriti bangsa Arab membentuk sejumlah 20.5 peratus dan pendatang bukan Yahudi dan anak-anak mereka adalah berjumlah 4.2 peratus.

Biro Pusat Statistik menjumlahkan sebanyak 270,000 penduduk Israel adalah orang Palestin yang tinggal di timur Jerusalem, satu kawasan yang direbut Israel dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967 dan kemudian dijajah dalam penaklukan yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Israel juga merekod kira-kira 18,00 puak Druze di kawasan bukit Golan yang juga dijajah di dalam perang yang sama.

Sebanyak 70 peratus penduduk Israel adalah dilahirkan di sini dan dikenali sebagai "Sabras", dan separuh daripada mereka merupakan generasi kedua, jelas biro terbabit.

Rekod terbaru juga menunjukan enam bandar Israel iaitu Jerusalem, Tel Aviv, Haifa, Rishon leTzion, Ashdod dan Petah Tikvah mempunyai penduduk melebihi 200,000 orang.

Penduduk Israel akan mula menyambut hari kemerdekaan pada pagi Isnin dengan melepaskan bunga api dan berkumpul di jalan raya-jalan raya sekitar bandar besar untuk menyanyi dan berseronok.

Hari Selasa, 10 May menurut kalendar Yahudi adalah hari rasmi sambutan ulang tahun pengisytiharan negara Israel pada 14 May 1948.

Warga Palestin pula menandakan 15 May sebagai hari memperingati "Nakba" ataupun kekacauan dicetuskan Israel yang menyebabkan ratusan ribu rakyat Palestin ditindas ke tempat lain. -AFP

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain