David Cameron Perdana Menteri Baru Britain - Dunia | mStar

David Cameron Perdana Menteri Baru Britain

APLONDON: David Cameron mengetuai Parti Konservatif untuk kembali mentadbir Britain selepas 13 tahun, awal pagi ini, tetapi Perdana Menteri baru itu masih perlu memuktamadkan gabungan bersama Liberal Demokrat bagi membentuk kerajaan.

Ini berikutan Gordon Brown meletakkan jawatan sebelum itu yang menyaksikan saat dramatik dalam politik Britian.

Parti Buruh pimpinannya menguasai pemerintahan Britain sejak 1997 dengan Perdana Menteri pertama ialah Tony Blair sebelum diambil alih oleh Brown.

Cameron menjadi Perdana Menteri selepas Konservatif memenangi banyak kerusi pada pilihan raya Parlimen, minggu lalu tetapi gagal memenangi majoriti, manakala Parti Buruh kedua dan Liberal Demokrat ketiga.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri, Cameron, 43, berkata matlamatnya untuk membentuk kerajaan campuran pertama di Britain sejak 1945.

Bagaimanapun bentuk kerajaan campuran itu masih tidak jelas kerana Parti Liberal Demokrat masih belum memberi kata putus mengenai tawaran Konservatif bagi bersamanya dalam kerajaan.

"Ia tentunya satu keadaan yang sulit dan sukar. Kerajaan campuran tentunya akan berdepan dengan banyak cabaran.

"Namun saya percaya, kami akan membentuk satu pakatan yang kuat dan stabil dalam kerajaan yang diperlukan negara ini," katanya ditemani isterinya yang sarat mengandung, Samantha.

Apa yang pasti, Cameron muncul sebagai Perdana Menteri paling muda di Britain sejak kira-kira 200 tahun.

Antara cabaran pertamanya ialah bagaimana untuk mengurangkan bajet defisit Britain ketika ini selain menangani kemelesetan ekonomi. -AFP

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain