suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapal Terbang Milik Libya Dengan 104 Penumpang Terhempas Di Tripoli

CAIRO: Sebuah pesawat milik Sistem Penerbangan Afriqiyah terhempas semasa mendarat di lapangan terbang di Tripoli, Libya hari ini.

Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu, semasa kejadian 104 penumpang berada di dalam pesawat tersebut dan usaha menyelamat sedang giat dijalankan.

Bagaimanapun masih belum dapat dipastikan mangsa yang terselamat dan punca kejadian.

Katanya, kejadian berlaku pada pukul 6 pagi waktu tempatan apabila Airbus-330 itu tiba dari Johannesburg, Afrika Selatan semasa ia sedang mendarat masuk sebelum terhempas. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain