34 Menteri kabinet Indonesia Bersatu II angkat sumpah jawatan - Dunia | mStar

34 Menteri kabinet Indonesia Bersatu II angkat sumpah jawatan

BARISAN 34 menteri Kabinet Indonesia Bersatu II bagi tempoh 2009-2014, dilantik dalam satu istiadat mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Negara di sini, hari ini.

Senarai nama mereka yang telah diumumkan oleh Susilo lewat malam tadi terdiri daripada tiga orang menteri penyelaras, seorang Setiausaha Negara dan 30 orang menteri.

Mereka mengangkat sumpah jawatan dengan cara mengikuti bacaan yang dilafazkan oleh Susilo sendiri.

Berikut ialah senarai menteri Kabinet Indonesia Bersatu II:

1. Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan (Menteri Penyelaras Politik, Undangundang dan Keselamatan): Marsyal(B) Djoko Suyanto 2. Menko Perekonomian (Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi):Hatta Radjasa 3. Menko Kesejahteraan Rakyat (Menteri Penyelaras Kebajikan Rakyat): R. Agung Laksono 4. Menteri Sekretaris Negara (Setiausaha Negara): Sudi Silalahi 5. Menteri Dalam Negeri: Gamawan Fauzi 6. Menteri Luar Negeri: Raden Mohammad Marty Muliana Natalegawa 7. Menteri Pertahanan : Purnomo Yusgiantoro 8. Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia (Undangundang dan Hak Asasi Manusia): Patrialis Akbar 9. Menteri Kewangan: Sri Mulyani 10. Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral (Tenaga dan Sumber Mineral): Darwin Saleh 11. Menteri Perindustrian: MS Hidayat 12. Menteri Perdagangan : Mari E. Pangestu 13. Menteri Pertanian: Suswono 14. Menteri Perhutanan: Zulkifli Hasan 15. Menteri Perhubungan (Pengangkutan): Freddy Numberi 16. Menteri Kelautan dan Perikanan (Maritim dan Perikanan): Fadel Muhammad 17. Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi: Muhaimin Iskandar 18. Menteri Pekerjaan Umum (Kerja Raya): Djoko Kirmanto 19. Menteri Kesihatan: Endang Rahayu Sedyaningsih 20. Menteri Pendidikan Nasional: Mohammad Nuh 21. Menteri Sosial: Salim Segaf Al Jufri 22. Menteri Agama: Suryadharma Ali 23. Menteri Kebudayaan dan Pariwisata (Kebudayaan dan Pelancongan): Jero Wacik 24. Menteri Komunikasi dan Informatika (Komunikasi dan Penerangan): Tifatul Sembiring 25. Menteri Riset dan Teknologi (Penyelidikan dan Teknologi): Suharna Suryapranata 26. Menteri Koperasi dan UKM (Koperasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana): Syarifudin Hasan 27. Menteri Lingkungan Hidup (Alam Sekitar): Gusti Muhammad Hatta 28. Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak: Linda Amalia Sari Gumelar 29. Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara (Pembaharuan Pentadbiran): E.E Mangindaan 30. Menteri Pembangunan Daerah Tertinggal: Ahmad Helmy Faishal Zaini 31. Menteri Perancangan Pembangunan Nasional/ Ketua Badan Perancangan Pembangunan Nasional: Armida Alisjahbana 32. Menteri Badan Usaha Milik Negara (Perusahaan Milik Negara): Mustafa Abubakar 33. Menteri Pemuda dan Olahraga (Menteri Belia dan Sukan): Andi Alfian Mallarangeng 34. Menteri Perumahan Rakyat: Suharso Manoarfa

Turut dilantik ialah tiga pegawai tinggi setaraf menteri, iaitu;

1. Ketua Badan Inteligen Negara: Jen Polis (Bersara) Sutanto 2. Ketua Badan Penyelaras Penanaman Modal (Badan Penyelaras Pelaburan): Gita Wirjawan 3. Ketua Unit Kerja Presiden Pengawasan dan Pengendalian Pembangunan: Kuntoro Mangkusubroto. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Asean beri tumpuan kepada penyertaan rakyat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain